Tuesday, June 5, 2012

Kansai: 3 dalam 1 (Osaka, Kobe dan Kyoto).


2 Mei 2012, 8.45 pagi. Cuaca yang nyaman menyambut kedatangan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Jepun. Sebelum memulakan langkah dengan lebih jauh, kami telah mendapatkan ‘Kansai Through Pass (3 days)’ dan ‘Osaka Unlimited Pass (1 day)’ untuk memudahkan pengembaraan kami di sini. Lebih 95% daripada pengembaraan kami di Kansai ini menggunakan perkhidmatan keretapi yang sungguh tepat, cekap dan efisien. Dari lapangan terbang, kami bergerak menuju ke hotel yang terletak di Umeda, Osaka untuk berehat seketika selepas penerbangan hampir 6 jam yang meletihkan dari Kuala Lumpur. Sebelum mendaftar masuk ke hotel, kami mengambil peluang untuk mencuba makanan Jepun iaitu 'Donburi Tendon', semangkuk nasi putih yang dihidangkan bersama telur separuh masak, tempura udang dan sayur.


Donburi Tendon, santapan harian kami di Osaka.

Selepas penat beransur hilang, kami meneruskan perjalanan ke Namba, salah satu bandar di Osaka. Ia amat popular dengan Dotonbori Street, di mana terletaknya papan iklan lampu neon ‘Glico Man’ yang terkenal. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar di situ. Selain daripada ‘Glico Man’, Dotonbori Street juga popular dengan hidangan ‘Takoyaki’, bebola isi sotong kurita bersalut tepung.

Glico Man, ikon Namba yang terkenal.

Takoyaki, bebola sotong kurita bersalut tepung.

Pada hari kedua kami menggunakan ‘Osaka Unlimited Pass (1 day)’ untuk meneroka Osaka secara maksimum. Pas ini dilengkapi dengan tiket masuk percuma ke 24 tempat-tempat menarik terpilih di sekitar Osaka. Dalam masa satu hari, memang tidak sempat untuk melawati kesemua tempat tersebut. Perancangan kami untuk hari kedua adalah untuk mengunjungi kawasan Osaka Castle, Osaka Bay dan Umeda.

Destinasi pertama kami adalah Osaka Castle. Kami menghabiskan masa di sini dengan mengunjungi Osaka Castle Museum dan berjalan-jalan di sekitar taman di situ. Seterusnya kami melawati Osaka Museum of History, yang terletak berdekatan dengan Osaka Castle. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Osaka Bay. Di Osaka Bay terdapat Kaiyukan Aquarium, Tempozan Giant Ferris Wheel dan Santa Maria. Kami mengambil peluang untuk mencuba Santa Maria, iaitu pengalaman menaiki kapal menyusuri Osaka Bay selama 45 minit. Destinasi terakhir pada hari kedua adalah Umeda yang berdekatan dengan hotel kami. Di situ kami mencuba HEP Five Ferris Wheel dan melawat Umeda Sky Building. Kedua-dua tempat ini membolehkan kita melihat pemandangan Osaka dari atas.

Di hadapan Osaka Castle.

Kapal Santa Maria sedang berlabuh.

Pengembaraan hari ketiga diteruskan ke Kobe. Destinasi pertama kami adalah Masjid Kobe untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas solat, kami menjamu selera di Naan Inn, sebuah restoren nasi beriani yang terletak di hadapan Masjid Kobe. Dikhabarkan ramai artis-artis popular Malaysia pernah makan di situ, antaranya Siti Nurhaliza dan Aizat. Selepas perut sudah kenyang, kami bertolak ke Harborland, di mana terletaknya Kobe Port Tower untuk bersantai.


Suasana Masjid Kobe selepas solat Jumaat.

Naan Inn, restoren nasi beriani di Kobe.

Di hadapan Kobe Port Tower.

Pada hari keempat, kami bergerak ke Kyoto. Kinkaku-ji Temple yang diwartakan sebagai UNESCO World Heritage Site pada 1994 adalah destinasi pertama kami di Kyoto. Selepas itu kami melawati kawasan Gion, di mana terdapat deretan rumah-rumah lama ala cerita Oshin, sebuah drama Jepun yang pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu. Perjalanan di Kyoto diteruskan ke kawasan membeli-belah Kawaramachi untuk mencari cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.


Kinkaku-ji Temple yang bersadur cat emas.

Deretan rumah-rumah lama di Gion.

Hari kelima dimulakan dengan melawat Universal City, di mana terletaknya taman tema Universal Studio Japan. Ketika itu merupakan minggu cuti awam di Jepun yang dikenali sebagai ‘Golden Week’. Terlalu ramai orang di dalam Universal Studio Japan, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak memasukinya. Kami hanya berjalan-jalan di sekitar Universal City Walk sebelum meneruskan perjalanan ke Den Den Town, yang dikenali sebagai pusat membeli-belah barangan elektronik dan koleksi manga Jepun. Ianya terletak berhampiran dengan Namba.


Pintu gerbang Universal Studio Japan.

Pada hari terakhir di Osaka, sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, kami telah singgah di kedai 100 yen di Namba untuk membeli-belah di saat akhir. Pengembaraan kami selama 6 hari 5 malam di Osaka, Kobe dan Kyoto amat meletihkan tapi amat menyeronokkan. Jumpa lagi, Kansai…..

Thursday, January 27, 2011

back to back to back

Perak Seladangs champion lagi 3 season berturut-turut utk liga kampung.. walaupun dgn cabaran pasukan baru (kelate kijangs), masih gagal utk merampas takhta perak seladangs.. Mungkinkah akan ada pasukan baru lain akan mencabar season depan??

Di bawah roster Perak Seladangs 2010:

QB Aaron Rodgers
RB Arian Foster
RB Maurice Jones Drew
WR Roddy White
WR Mike Williams
WR Mike Wallace
TE Antonio Gates
K David Akers
DEF San Diego

subs: Ben Roethlisberger, Jamaal Charles, Ray Rice, Vincent Jackson, Stevie Johnson, Jacob Tamme.

Wednesday, November 17, 2010

progres liga kampung

setelah 10 perlawanan, rekod team aku, perak seladangs 7 menang 3 kalah... satu lagi kemenangan akan menjamin tempat ke peringkat playoff.... semakin menghampiri kejuaraan yang disandang musim lalu...

so far, ayam tambatan team aku adalah aaron rodgers, quarterback green bay packers.. setiap game mesti kasi start... lepas wek 10 dah takde bye week, hopefully team aku tak dilanda masalah kecederaan...

Sunday, May 23, 2010

Season baru NFL 2010

NFL season akan start tak lama lagi. Draft utk pemain2 baru keluar dari kolej pun dah setel, QB Sam Bradford dipilih oleh team paling hampeh thn lepas, St Louis Rams..

Tak lama lagi yahoo akan buat fantasy football.. mcm biasa aku akan join satu public league dan create satu private league utk member2 dari malaysia utk join.. usual suspects - lenggeng, azri, wan bote dan atuk.. all marquette alumni..

tunggu...

Friday, January 15, 2010

Perak Seladangs juara liga kampung

Setelah hampir 5 bulan memerah otak merangka strategi, akhirnya team fantasy football aku berjaya merangkul kejuaraan mengatasi Penang Panthers di final... Kepada team2 lain (Lenggeng Packers, Balok Patriots, Akid Kuala Selangor, GGG Dangdut), cuba lagi season depan... back to back champion dude.........

Wednesday, October 7, 2009

Leader

cunnn... la ni aku lead private league yahoo liga kampung dgn rekod tanpa kalah 4 - 0.. hahahahaaaa.

Sunday, September 13, 2009

the new season starts

This week will be week 1 of NFL. For those who have a fantasy football team/s must be excited. I have two teams, one in public league and another one in private league. Both are under Yahoo!, the best free fantasy football provider (IMO).
I started involved in fantasy football since my study in the US (1998). The greatest satisfaction is when your team win the league. I've experience that twice, one in public league (2007) and another one in private league (2008).
I hope whoever share the same passion, could join this blog. We could share knowledge, experience and tactical know how to win the fantasy football league....