Saturday, May 18, 2019

Menyusuri kota Seoul secara efisien

K-Pop, itulah perkara yang terlintas di fikiran kami apabila merancang untuk melawat Seoul. Hakikatnya kami bukanlah peminat tegar K-Pop, namun terdapat beberapa filem Korea yang menarik minat kami seperti Architecture 101, Sunny dan Spellbound. Untuk menambah pengalaman pengembaraan kami, kami terbang ke Seoul sebagai destinasi pilihan pada penghujung bulan April yang lalu.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami mencari kedai serbaneka untuk mendapatkan kad T-Money sebagai medium pembayaran tambang pengangkutan awam di sini. Ia boleh digunakan untuk perkhidmatan keretapi, bas dan juga teksi.

Perut yang berkeroncong membawa kami ke Myeongdong Street untuk mencari makanan. Atas nasihat rakan yang berpengalaman, kami memilih Busan Jib, sebuah kedai makanan halal di kawasan tersebut. Antara menu yang disediakan adalah asam pedas, ikan bakar dan bibimbap iaitu nasi putih yang dihidangkan bersama sayur-sayuran, hirisan daging dan telur mata kerbau. Kimchi wajib dihidangkan bersama, berfungsi ibarat sambal belacan di negara kita.

Sotong kurita menjadi pilihan penulis

Myeongdong Street amat terkenal dengan deretan gerai-gerai makanan jalanan (street food) di tengah-tengah bandar tetapi hanya dibuka pada waktu malam. Konsepnya hampir sama dengan pasar malam Jalan TAR di Kuala Lumpur.

Lokasi membeli-belah yang sentiasa menjadi tumpuan umum

Selepas makan, kami menyusuri Namdaemun Market yang terletak berdekatan untuk mencari cenderahati untuk keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Apabila kaki sudah terasa hampir kejang, kami pun mengambil keputusan untuk mendaftar masuk ke hotel untuk melepaskan lelah selepas hampir seharian suntuk berjalan.

Bergambar sebelum solat Jumaat bermula

Hari kedua dimulakan dengan misi mencari Seoul Central Mosque di Itaewon untuk menunaikan solat Jumaat. Selepas solat, kami menjamu selera di Makan Restaurant yang terletak di sekitar kawasan masjid. Menu pilihan kali ini adalah ikan bakar dan bulgogi, iaitu hidangan Korea yang berasaskan daging. Pelbagai restoren halal yang ada di sini, memudahkan muslimin dan muslimat untuk membuat pilihan.

Antara mangga-mangga cinta yang dikunci di sekitar N Seoul Tower

Kami meneruskan perjalanan menuju ke N Seoul Tower dengan menggunakan Namsan Cable Car. Antara tarikan popular di sini adalah ribuan mangga yang dikunci sebagai tanda simbolik cinta abadi pasangan-pasangan tersebut. Dari situ juga kita boleh menikmati pemandangan bandaraya Seoul dari atas.

Berhadapan pintu gerbang istana

Logo Olimpik di pintu masuk stadium

Meneruskan pengembaraan pada hari ketiga, kami bergerak ke Gyeongbok Palace untuk merasai pengalaman berada di kawasan istana Korea yang dibina semasa era Dinasti Joseon. Selepas itu kami bergerak ke Jamsil, di mana terletaknya Olympic Stadium dan Lotte World Tower. Olympic Stadium adalah stadium utama ketika Seoul menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1988. Manakala Lotte World Tower pula merupakan bangunan tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian hampir 555 meter. Buat masa ini ia merupakan bangunan kelima tertinggi di dunia. Sebelum kembali ke hotel, kami singgah di Dongdaemun Design Plaza, di mana salah satu tarikannya adalah LED Rose Garden.

Deretan bunga mawar putih LED di Dongdaemun Design Plaza

Tugu cinta drama Winter Sonata

Kata orang lawatan ke Seoul tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Nami Island. Oleh itu, kami pun mula bergerak ke sana pada hari keempat. Perjalanan dari hotel ke jeti Nami Island mengambil masa hampir dua jam menggunakan bas persiaran manakala perjalanan feri dari jeti ke pulau tersebut hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Nami Island merupakan lokasi penggambaran babak-babak romantik Winter Sonata, sebuah drama Korea yang amat popular satu ketika dulu. Kami tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama di tugu dua watak utama drama tersebut, Joon-sang dan Yoo-jin. Nami Island ini amat mesra pelancong muslim di mana terdapat surau yang selesa dan restoren halal yang menyediakan masakan Korea yang pelbagai.

Kelihatan beberapa pelancong menggayakan busana Hanbok sebagai kenangan

Telah tiba masa untuk pulang ke Malaysia. Pada hari terakhir di sini, sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, kami singgah di Bukchon Hanok Village untuk merasai pengalaman berada di deretan rumah-rumah tradisional Korea. Ramai pelancong menyewa busana Hanbok, pakaian tradisional Korea untuk dijadikan kenangan terindah semasa sesi bergambar.

Seoul merupakan sebuah kota metropolis yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat efisien. Perjalanan dari satu tempat menarik ke tempat menarik yang lain amat mudah, lancar dan selesa. Harapan kami agar kawasan Lembah Klang di Malaysia dapat menandingi kecekapan Seoul dari segi pengangkutan awam ke tempat-tempat menarik di sekitarnya satu hari nanti.

Jumpa lagi, Seoul.

Berlari sambil melancong di Tokyo

Selepas menamatkan larian marathon buat julung-julung kalinya di Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon pada awal Ogos 2016, saya memberanikan diri mendaftar untuk menyertai Tokyo Marathon 2017 atas galakan rakan-rakan. Tokyo Marathon merupakan salah satu daripada 6 Abbott World Marathon Majors selain dari Berlin, London, Chicago, New York dan Boston. Pendaftaran tersebut bukanlah diterima secara automatik, ia bergantung kepada hasil undian yang akan diberitahu kelak. Tuah menyebelahi saya, pendaftaran saya telah diterima. Maka bermulalah episod pengembaraan saya ke Tokyo pada hujung Februari lalu bersama isteri tersayang.

Bersama Gundam di salah sebuah kedai di Ikebukuro

Petang yang dingin menyambut ketibaan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dari Kuala Lumpur. Waktu siang yang singkat menghadkan perjalanan kami pada hari pertama, hanya sekadar melepaskan lelah di hotel yang terletak di Ikebukuro setelah mengharungi penerbangan hampir 6 jam yang meletihkan.

Takeshita Street, lokasi tumpuan membeli-belah golongan remaja Jepun 

Pada hari kedua, pengembaraan kami dimulakan dengan mengambil bib larian Tokyo Marathon 2017 di Tokyo Big Sight. Selepas mengambil bib, kami menuju ke Harajuku untuk menyusuri Takeshita Street yang terkenal dengan deretan café dan kedai fesyen terutamanya untuk golongan remaja. Sebelum kembali ke hotel, kami meneroka bandar Ikebukuro dengan lebih terperinci untuk mengetahui selok belok jalan agar pengembaraan pada hari-hari berikutnya lebih mudah dan lancar.

Teruja berada di Nippori Textile Town

Pada hari ketiga, kami meneruskan langkah dengan lebih jauh untuk cuba menjelajah Tokyo secara menyeluruh. Kami telah mendapatkan JR Tokunai Pass, pas perjalanan satu hari untuk memudahkan urusan pembayaran tambang keretapi. Destinasi pertama kami ialah Tokyo Station yang merupakan stesyen keretapi utama di sana. Terletak berdekatan adalah Imperial Palace, iaitu lokasi kediaman rasmi Maharaja Jepun. Destinasi seterusnya adalah Akihabara, syurga membeli belah bagi peminat gajet-gajet elektronik. Setibanya di Ueno pula, kami ke Ameyoko Shopping Street untuk mencari cenderahati sebagai tanda kenangan kepada keluarga dan kenalan di Malaysia. Sebelum malam menjelma, kami singgah di Nippori Textile Town kerana si isteri sudah tidak sabar-sabar untuk mendapatkan kain ela Jepun.

Awas! Godzilla sedang menyerang bandar Shinjuku

Untuk menikmati pemandangan malam di Tokyo, kami memilih untuk ke kawasan Shinjuku, Shibuya dan Ginza. Di Shinjuku kami melawat kawasan Kabukicho, di mana terletaknya Godzilla Street. Di Shibuya pula, kami merasai sendiri pengalaman melintasi laluan pejalan kaki tersibuk di dunia, Shibuya Scramble Crossing. Manakala di Ginza, kami tidak melepaskan peluang untuk melawat mercu tanda terkenal di situ, Wako Clock Tower.

Menyertai warga Jepun melintasi Shibuya Scramble Crossing

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Pada hari keempat saya menyertai larian di Tokyo Marathon 2017. Tepat jam 9.10 pagi, peserta-peserta larian mula dilepaskan dalam keadaan cuaca yang agak sejuk, lebih kurang 10 darjah Celcius. Acara bermula di Tokyo Metropolitan Building, Shinjuku dan berakhir di Tokyo Station. Laluan larian tersebut meliputi tempat-tempat menarik di sekitar Tokyo sejauh 42.195 km. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan larian dalam masa 6 jam, di bawah had masa yang telah ditetapkan.

Bib dan medal Tokyo Marathon 2017 milik penulis

Untuk meraikan kejayaan saya menamatkan larian Tokyo Marathon 2017, kami ke Tokyo Disneyland pada hari terakhir di sana. Kami menghabiskan masa hampir sehari suntuk untuk menikmati tarikan-tarikan yang ada secara optimum, sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Menjadi tetamu Anna dan Elsa di Tokyo Disneyland

Tokyo merupakan sebuah kota metropolis yang sangat luas. Pengembaraan kali ini hanya meliputi sebahagian kecil darinya. Masih banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu diterokai di sana. Jumpa lagi, Tokyo..

Monday, August 15, 2016

Road To Full Marathon SCKLM 2016

Keyword: Racun aka pengaruh rakan2. Hehe..

Semuanya bermula thn 2014 bila member Semesti 7th batch aka Naga racun lari event. Baguih deme kata. Aku pun beli ler kasut lari Adidas Duramo 6. Try ler lari skit pusing taman. Aku ingat senang je tapi tak smp 500m udah haup tak larat. Aku pun usha2 ler internet pasei lari ni. Ghopernyer ada step dia, bkn hentam kromo je. Pastu pelan2 ler trenin ikut step tu sblm register first event, Alpha Run.

1 Nov 2014 - Alpha Run 12km first run event aku dgn geng2 Naga; Bad, Duan, Amin, Joned, K, Q. Deme sume udah ke depan tinggal aku dgn G. Dapat abih 12km dlm masa 1 jam 45 min. Jadik ler.

Next deme racun buat half marathon pulak. Kat Sabah. Ok gak pasei aku pun tak pernah pi Sabah. Tapi 21km tu, blh ke aku lari jauh tu? Bedei register bln 1 pasei nk early bird rate, event bln 5. Semasa prepare utk HM tu aku start join Astirunners, geng lari budak Semesti. Baguih deme ni. Byk tips dan advices deme bagi utk newbies mcm aku.

3 May 2015 - Borneo International Marathon first HM aku. Habis lari 3 jam 15 minit. Jadik ler. Giler first time smp Sabah teruih pi lari HM. Big thanks to Awang dan Sheikh for kind hospitality kat KK.


FMV. Itu ler term yg Astirunners dok racun utk ahli-ahlinya. Full Marathon Virgin. Haw3... Aku rasa mcm boleh tapi kena buat preparation betul2. Selepas buat 6 HMs, mula ler usha event FM yg sesuai. SCKLM2016 nampak ok pasei 2 minggu sblm tu ada Newton Challenge 30km. Blh treat sbg LSD pasei kalu nk buat sdiri mmg payah skit.

24 Jul 2016 - LSD at Newton Challenge 30km. Hujan menemani hampir separuh larian. Selepas 21km masih mampu meneruskan cabaran hingga ke garisan penamat dgn catatan 4 jam 45 minit. Jadik ler. Dapat tambah skit keyakinan utk buat FM next 2 weeks. Abih lari lapar giler nasib Sham Anas ada buat nasi kerabu. Tq geng. Bagi aku LSD 30km ni penting utk menyukat kemampuan kita nak abihkan FM nanti.

7 Aug 2016 - Hari yg ditunggu telah tiba. Full Marathon at SCKLM2016. Permulaan yg positif; tiba awal di starting line dgn Roy. Tapi lps start je teruih berdesup mamat tu. Hehe.. Aku plan nak ikut sifir 8 ajaran abam Putat tapi mampu follow utk 2 jam pertama je. Selebihnya bedei. Di km24 rasanya pacer 6.30 mula kelihatan, try follow pelan2 dgn Shidan dan Mazreen sehingga deme hilang selepas km30. Rasa lega bila dapat band kt km31 dlm masa lbh krg 5 jam. Menepuk bahu abam Aca, jgn dia ingat mamat feeder bus yg tepuk sudahlah. Hehe..

Tiba di Bukit Tunku maintain relax sehingga dikejutkan oleh kehadiran pacer7. Adeh biar betul awalnya dia smp. Ada lg lbh krg 4km nak abih tu. Riso pulak disqualified. Dah dekat dah ni. Try follow pelan2. Tiba2 lagi 500m nak abih blh pulak brader pacer7 ni pecut. Udah menggelabah aku kejor tapi bila dah dkt finishing line nampak masa baru 6 jam 50 min, lega skit dan sekadar berlari2 anak ke garisan penamat. Bila dah abih, udah mcm menang World Cup ler deme kabo. Hehe..
 
 
Gitulah citernye road to FM aku. Moga yg baik dijadikan teladan, yg tak elok dijadikan sempadan. Tq all. Alhamdulillah...

Tuesday, January 5, 2016

Fantasy football playoff dah abih..

Season fantasy football NFL telah melabuhkan tirai baru2 ni.. Hasilnya tidak berapa memberangsangkan.. Team private league Perak Seladangs gagal melayakkan diri ke playoff setelah tumpas pada perlawanan penentuan.. Kali pertama gagal ke playoff sejak private league Liga Kampung ditubuhkan..

Tapi terubat sikit la rasa kecewa dengan team satu lagi di public league iaitu Hyunckel's Team.. Layak ke playoff namun hanya mampu bergelar naib juara..

Harap season depan lebih mantap lagi...

Koleksi piala fantasy football yang telah dimenangi setakat ini.. Hehe...

Tuesday, December 8, 2015

Allianz Run 2015, first event run dapat pace sub-6...

Untuk pelari yang tak seberapa mcm aku, nak dapat pace 6 min/km dlm jarak 5 km memang payah. Akhirnya kat Allianz Run 2015 pada 6 Dec lepas, dapat gak pace tu setelah mencuba sedaya upaya. Harap dapat maintain la lepas ni. Hehe...

Lokasi: Putrajaya..

ASTI RUNNERS yang join. Semua amik 12km kecuali aku..

Monday, December 7, 2015

Fantasy football playoff makin hampir..

Season ni aku ada 2 team fantasy football dalam sports.yahoo.com..
  1. Perak Seladangs (private Liga Kampung)
  2. Hyunckel's Team (public)
Dua2 team masih berpeluang mara ke playoff utk merebut kejuaraan, tapi berdepan misi mesti menang minggu ni... Sekarang dah Week 13, dua minggu lagi Week 15 dah start playoff utk public dan Week 16 start utk private.. Harap dua2 team dapat layak..

Utk real team aku sokong Green Bay Packers. Latest game diorg menang pada play yang terakhir iaitu balingan touchdown Hail Mary dari Aaron Rodgers kepada Richard Rodgers..

Go Pack Go! 

Wednesday, December 2, 2015

Hobi baru - LARI!!!

Baru setahun lebih berjinak-jinak dgn hobi baru ni.. Best jugak disamping nak sihat dapat jumpa balik budak2 SEMESTI yg join aktiviti ni a.k.a ASTI RUNNERS..


Jom LARI!!!